Tanaman Tebu

Tanaman Tebu

Tebu merupakan tanaman yang jarang diusahakan oleh usahawan tani di Malaysia sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Tanpa mereka sedari sebenarnya tebu lebih mudah untuk ditanam dan boleh mendatangkan hasil lumayan yang berterusan.

Modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara komersial ialah RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan.

Kebiasaannya, tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar.

Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.

 

Tanaman Tebu, Tanaman Tebu ciri-ciri, Tanaman Tebu foto, Tanaman Tebu fungsi, Tanaman Tebu gambar, Tanaman Tebu informasi, Tanaman Tebu kategori, Tanaman Tebu mengumpulkan dan memproses, Tanaman Tebu rincian, Tanaman Tebu selera seksual, Tanaman Tebu tanaman, morfologi, sumber Tanaman Tebu, tanaman Tanaman Tebu morfologi, video studio Tanaman Tebu, Tebu, Malaysia, besar, tanam, hasil, lumayan, Modal, memulakan, penanaman, tebu, komersial, ekar, cerewet, mudah, keratan, matatunas, keratan, bahan, tanaman, batang, keratan, sehektar, mencelupkan, keratan, campuran, Dielrin, Benomyl, tanaman, sebaris, alur