Tag Archives: campuran

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Nama Tempatan: Bunga Ros Jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan

Keterangan

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.

Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Ros, jepun, sejenis, tumbuhan, hiasan, ramai, bunga, menarik, mudah, merah jambu, merah terang, putih, kuning, ungu, oren, campuran, warna, merah, jambu, tumbuhan, herba, merayap, menyukai tanah, bersaliran baik, Bunga Ros Jepun buah, Bunga Ros Jepun ciri-ciri, Bunga Ros Jepun foto, Bunga Ros Jepun gambar, Bunga Ros Jepun informasi, Bunga Ros Jepun kategori, Bunga Ros Jepun mengumpulkan dan memproses, Bunga Ros Jepun selera seksual, Bunga Ros Jepun studio, Bunga Ros Jepun tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Gansui Root, tanam-tanaman, video Bunga Ros Jepun

Cendawan Tiram Kelabu – Pleurotus sajorcaju

Cendawan Tiram Kelabu – Pleurotus sajorcaju

 

Nama Tempatan: Cendawan Tiram Kelabu
Nama Saintifik: Pleurotus sajorcaju
Nama Lain: Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom,Grey Abalone Mushroom, Shimeji
Famili:
Lokasi dijumpai: Sayuran

Keterangan

Cendawan ini merupakan antara spesis cendawan yang boleh dimakan dan penanamannya telah dikomersialkan di Malaysia.

secara semulajadinya cendawan ini boleh ditemui dikawasan hutan, terutamanya dibawah teduhan pokok yang berdaun lebar dan dikawasan yang agak lembab.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan selalunya ditemui dikawasan yang agak terlindung dan gelap.

Pertumbuhannya akan menjadi lebih cepat dikawasan yang agak gelap. Suhu yang sesuai untuk pertumbuhannya ialah antara 23-28 darjah celcius.Kelembapan antara 90-96 peratus perlu dikekalkan untuk memantapkan pertumbuhannya.

Kegunaan

Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu

Commmon Name

Botanical Name: Pleurotus sajorcaju
Other Name: Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom,Grey Abalone Mushroom, Shimeji

Cendawan Tiram Kelabu, Pleurotus sajorcaju, Cendawan, spesis, cendawan, penanaman, komersialkan Malaysia, semulajadi, cendawan, kawasan, hutan, teduhan, pokok, berdaun, lebar, kawasan, agak, lembab, cahaya matahari, kawasan, terlindung, gelap, Pertumbuhan, menjadi, lebih, cepat, kawasan, gelap, Suhu, pertumbuhan, darjah, celcius, Kelembapan, peratus, memantap, pertumbuhan, vitamin B1, B2, niasin, biotin, vitamin C, Cendawan Tiram Kelabu kategori, Cendawan Tiram Kelabu mengumpulkan dan memproses, Cendawan Tiram Kelabu selera seksual, Cendawan Tiram Kelabu studio, Cendawan Tiram Kelabu tanaman, campuran, herba, hiasan, Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom,Grey Abalone Mushroom, Shimeji

Allspice – Pimenta dioica

Allspice – Pimenta dioica

Nama Tempat : Allspic
Nama Saintifik: Pimenta dioica (L) Merr.
Nama Lain: Jamaica pepper, kurundu, myrtle pepper, pimenta,newspice
Famili: Myrtaceae
Lokasi dijumpai: Johor, Malaysia
Asal: Mexico
Keterangan

Beri yang dihasilkan oleh all spice menghasilkan satu rempah yang seolah-olah campuran 3 jenis rempah iaitu buah pala, bunga cengkih dan kayu manis. Oleh kerana itu juga ia dipanggil allspice.Tumbuhan ini boleh hidup dengan optimum dikawasan tropika.Penjagaannya tidak remeh dan memerlukan tanah biasa dan pengaliran yang biasa.

Kegunaan

Buahnya yang dikeringkan mempunyai bentuk dan rupa yang hampir sama dengan lada hitam merupakan rempah yang berharga dan banyak digunakan.Daunnya juga digunakan dalam masakan dan boleh digunakan untuk menggantikan bay leaf.Hanya daun yang segar digunakan kerana daun allspice apabila kering tidak mempunyai bau yang kuat lagi.Allspice juga dijadikan minyak pati (essential oil).

Name Biasa
Botanical Name: Pimenta dioica (L) Merr.
Other Name: Jamaica pepper, kurundu, myrtle pepper, pimenta,newspice
Family: Myrtaceae
Location:
Origin: Mexico


Beri, all spice, menghasilkan, satu, rempah, campuran, rempah, buah pala, bunga cengkih, kayu manis, optimum, tropika, remeh, tanah biasa, pengaliran, Jamaica pepper, kurundu, myrtle pepper, pimenta, newspice, buah buahan, Cina Allspice, cina Allspice gambar, fungsi Allspice cina, Allspice, Allspice buah, Allspice cina ciri-ciri, Allspice Cina mengumpulkan dan memproses, Allspice foto, Allspice informasi, Allspice kategori, Allspice rincian, Allspice selera seksual, Allspice studio, Allspice tanaman, Indikasi Allspice, komposisi kimia Allspice cina, buah-buahan, sumber Allspice, tanam-tanaman, tanaman Allspice morfologi, video Allspice Cina  


			

Tanaman Tebu

Tanaman Tebu

Tebu merupakan tanaman yang jarang diusahakan oleh usahawan tani di Malaysia sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Tanpa mereka sedari sebenarnya tebu lebih mudah untuk ditanam dan boleh mendatangkan hasil lumayan yang berterusan.

Modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara komersial ialah RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan.

Kebiasaannya, tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar.

Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.

 

Tanaman Tebu, Tanaman Tebu ciri-ciri, Tanaman Tebu foto, Tanaman Tebu fungsi, Tanaman Tebu gambar, Tanaman Tebu informasi, Tanaman Tebu kategori, Tanaman Tebu mengumpulkan dan memproses, Tanaman Tebu rincian, Tanaman Tebu selera seksual, Tanaman Tebu tanaman, morfologi, sumber Tanaman Tebu, tanaman Tanaman Tebu morfologi, video studio Tanaman Tebu, Tebu, Malaysia, besar, tanam, hasil, lumayan, Modal, memulakan, penanaman, tebu, komersial, ekar, cerewet, mudah, keratan, matatunas, keratan, bahan, tanaman, batang, keratan, sehektar, mencelupkan, keratan, campuran, Dielrin, Benomyl, tanaman, sebaris, alur