Tag Archives: dua

Ati-Ati – Coleus Blumei

 

Ati-Ati – Coleus Blumei

Ati-Ati ~ nama saintifik Coleus Blumei ~ family Labiatae

Pokok ati-ati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu & hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Daun ati-ati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa.  Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun dan di campur dgn air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.  selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.

Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih.

Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

Teknik menanam dan menjaga

Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.

Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.

Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.

Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

Ati-Ati, Coleus Blumei, saintifik, Coleus, Blumei, family, Labiatae, warna, antara, ungu, hijau campuran, merah, jambu, hijau, pokok hiasan, tutup bumi, merawat, batuk, menumbuk, helai, daun, campur, air, tapis, air, minum, dua, kali, sehari, campuran daun, hati-hai, daun inai, daun jambu batu, akar tutup bumi, mendidih, minum, ai, mengecutkan, rahim, beberapa, helai, daun, berwarna, hijau, secubit, kapur, sirih, dada, pengidap asma