Tag Archives: Indica

Chinese Honeysuckle – Quisqualis Indica

Chinese Honeysuckle – Quisqualis Indica

Nama Tempatan: Chinese Honeysuckle

Nama Saintifik: Quisqualis Indica
Nama Lain: dani,udani,aradani,akar pontianak,setanduk, rangoon creeper

Keterangan

Chinese honeysuckle ataupun dikenali juga dengan nama rangoon creeper, vermifuge atau nama indonesianya wudani. nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah quisqualis indica L.Bunganya juga berbau wangi.

Kegunaan

Tapi saya rasa tak ramai yang tahu pokok ni juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi esp untuk merawat kecacingan(ascaris).Bahagian yang digunakan adalah biji buahnya (kernels). caranya bijinya hendaklah dimakan 2 jam selepas supper.

Dosage yang ditetapkan untuk orang dewasa 7 hingga 8 biji, untuk kanak2 12 higg 8 thn 6 hingg 7 biji, 8 hing 5 thn 4 hing 5 biji dan 3hing5 tahun 3hing4 biji. Buah ni menurut buku tu ada rasa macam rasa almond (saya tak pernah makan lagi), sebab tu kena hati2 sikit bila bagi pada kanak-kanak takut kalau dah sedap sangat diorang nak makan lebih pulak nanti overdose.

Kalau overdose ia boleh menyebabkan sedu (hiccup). dos yang sama boleh diulang selepas seminggu kalau perlu.satu lagi, daunnya juga boleh digunakan untuk mengubat sakit kepala. caranya mudah, ambik sehelai daun, tapal kat dahi atau pelipis, lepas tu letak kain untuk melekatkannya pada kedudukannya.

Bijinya yang telah dipanggang (roasted) ni juga boleh digunakan untuk mengubati cirit birit dan demam.

Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit seperi kurap dan panau dengan cara menghancurkan bijinya dalam minyak(apa2 minyak yang boleh dimakan) dan disapu pada bahagian bermasaalah. untuk sakit perut, ekstrak dari daunnya boleh disapu pada perut.

Commmon Name

Botanical Name: quisqualis indica L.
Other Name: dani,udani,aradani,akar pontianak,setanduk, rangoon creeper



Chinese Honeysuckle, Quisqualis Indica, Nama Tempatan, Chinese,Honeysuckle, dani, udani, aradani, akar pontianak, setanduk, rangoon creeper, Chinese honeysuckle, rangoon, creeper, vermifuge, indonesia, wudani, quisqualis, indica, berbau wangi, tanaman berbau harum, honeysuckles, harum belukar, anggur tanaman, berbau harum jepun, lonicera tragophylla, harum merah, serotina, harum anggur, pokok renek, cina herba, lonicera heckrottii, harum Himalaya, menjalar, herba asian, Golden, jenis tanaman, merambat berbau harum, herba gambar, herba foto, herba galeri, herba web

Pokok Derhaka Mertua – Plumbago Indica

Pokok Derhaka Mertua – Plumbago Indica

Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar

Keterangan: 
Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman. Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim.

Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak.

Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan. Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.

Kegunaan: 
Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan.

Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid.

Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati.

Pokok, Derhaka, Mertua, Plumbago Indica, Nama Tempatan, Derhaka Mertua, Saintifik, Plumbago, Indica, Nama Lain, Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool, Famili, Plumbaginaceae, Lokasi, Tumbuhan Liar, Tumbuhan, renek, kumpulan, tumbuhan, kegunaan, herba, berubat, zaman berzaman, tumbuhan, herb, semusim, Batang, separa, berkayu, ranting, lentur, glokosid sitostrerol, batuk, bronkitis, angin, perut, menggugur, janin, wanita, hamil