Tag Archives: Indonesia

Chinese Honeysuckle – Quisqualis Indica

Chinese Honeysuckle – Quisqualis Indica

Nama Tempatan: Chinese Honeysuckle

Nama Saintifik: Quisqualis Indica
Nama Lain: dani,udani,aradani,akar pontianak,setanduk, rangoon creeper

Keterangan

Chinese honeysuckle ataupun dikenali juga dengan nama rangoon creeper, vermifuge atau nama indonesianya wudani. nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah quisqualis indica L.Bunganya juga berbau wangi.

Kegunaan

Tapi saya rasa tak ramai yang tahu pokok ni juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi esp untuk merawat kecacingan(ascaris).Bahagian yang digunakan adalah biji buahnya (kernels). caranya bijinya hendaklah dimakan 2 jam selepas supper.

Dosage yang ditetapkan untuk orang dewasa 7 hingga 8 biji, untuk kanak2 12 higg 8 thn 6 hingg 7 biji, 8 hing 5 thn 4 hing 5 biji dan 3hing5 tahun 3hing4 biji. Buah ni menurut buku tu ada rasa macam rasa almond (saya tak pernah makan lagi), sebab tu kena hati2 sikit bila bagi pada kanak-kanak takut kalau dah sedap sangat diorang nak makan lebih pulak nanti overdose.

Kalau overdose ia boleh menyebabkan sedu (hiccup). dos yang sama boleh diulang selepas seminggu kalau perlu.satu lagi, daunnya juga boleh digunakan untuk mengubat sakit kepala. caranya mudah, ambik sehelai daun, tapal kat dahi atau pelipis, lepas tu letak kain untuk melekatkannya pada kedudukannya.

Bijinya yang telah dipanggang (roasted) ni juga boleh digunakan untuk mengubati cirit birit dan demam.

Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit seperi kurap dan panau dengan cara menghancurkan bijinya dalam minyak(apa2 minyak yang boleh dimakan) dan disapu pada bahagian bermasaalah. untuk sakit perut, ekstrak dari daunnya boleh disapu pada perut.

Commmon Name

Botanical Name: quisqualis indica L.
Other Name: dani,udani,aradani,akar pontianak,setanduk, rangoon creeper



Chinese Honeysuckle, Quisqualis Indica, Nama Tempatan, Chinese,Honeysuckle, dani, udani, aradani, akar pontianak, setanduk, rangoon creeper, Chinese honeysuckle, rangoon, creeper, vermifuge, indonesia, wudani, quisqualis, indica, berbau wangi, tanaman berbau harum, honeysuckles, harum belukar, anggur tanaman, berbau harum jepun, lonicera tragophylla, harum merah, serotina, harum anggur, pokok renek, cina herba, lonicera heckrottii, harum Himalaya, menjalar, herba asian, Golden, jenis tanaman, merambat berbau harum, herba gambar, herba foto, herba galeri, herba web

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar (kalanchoe pinnata)  merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun. Ia digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan ke dalam air kemudian air itu dipupuk ke atas kepala.

Selain itu ia digunakan untuk mencegah kanser ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.

Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut. Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari.

Daun yang telah ditumbuk juga boleh digunakan sebagai pengubat bisul dengan cara meletakkan daun yang ditumbuk itu disekeliling bisul.



 

Setawar, Kalanchoe Pinnata, kalanchoe pinnata, pokok, penyimpan, air, mudah, tumbuh, walaupun, daun, menyejukkan, badan, terutama, ketika, serang, demam, panas, cara, meramas, daun, masukkan dalam, air, kemudian, pupuk, atas, kepala, mencegah, kanser, mempunyai, anti, bakteria,  mengelakkan, mencegah, keradangan, terutama, kulit, Setawar gambar, dijumpai, Dukung, Setawar, Setawar buah, Setawar Cina, Setawar cina ciri-ciri, Setawar Cina mengumpulkan dan memproses, Setawar foto, Setawar informasi, Setawar kategori, Setawar rincian, Setawar selera seksual, Setawar studio, Setawar tanaman, Eurphorbiaceae, famili, fungsi Setawar cina, Indikasi Setawar, Indonesia, kawasan, Kelek anak, kiranelligida Lokasi, komposisi kimia Setawar cina, kusta, lebam, longkang, luka, Malaysia, meniran(indonesia), Nama Biasa, Nama Lain, nama saintifik, penghilang dahaga, penyakit kelenjar kencing, Pertanian, Phyllanthus Niruri, rumput dan buah-buahan, sumber Setawar, tanam-tanaman, tanaman Setawar morfologi, video Setawar Cina

Dukung Anak – Phyllanthus Niruri

Dukung Anak – Phyllanthus Niruri

Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri

Famili: Eurphorbiaceae

Nama Biasa: Dukung Anak

Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)

Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan 

Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.

Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm.

Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak .

Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand.

Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal. 

Kegunaan 

Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma.

Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.

Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama.

Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.

Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

Dukung, Anak, Phyllanthus Niruri, Nama Saintifik, Phyllanthus Niruri, Famili, Eurphorbiaceae, Nama Biasa, Dukung Anak, Nama lain, Kelek anak,meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida Lokasi, dijumpai, tepi, longkang, kawasan, pertanian, Malaysia, Indonesia, Thailand, beriklim tropika, luka, lebam, penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria, asma, buah buahan, Cina Dukung Anak, cina Dukung Anak gambar, fungsi Dukung Anak cina, Indikasi Dukung Anak, komposisi kimia Dukung Anak cina, Dukung Anak buah, Dukung Anak Cina, Dukung Anak cina ciri-ciri, Dukung Anak Cina mengumpulkan dan memproses, Dukung Anak foto, Dukung Anak informasi, Dukung Anak kategori, Dukung Anak rincian, Dukung Anak selera seksual, Dukung Anak studio, Dukung Anak tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Dukung Anak, tanam-tanaman, tanaman Dukung Anak morfologi, video Dukung Anak Cina

Tanaman Limau Bali

Tanaman Limau Bali

Limau Bali atau nama botaninya adalah Citrus grandis (L) atau Citrus maxima juga dipanggil sebagai Pomelo, Limau Besar, Limau Abung, Limau Tambun atau Limau Betawi. la dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah.

Klon Limau Bali yang disyorkan untuk ditanam secara komersial ialah PO51 dan PO52 kerana mempunyai permintaan yang baik disebabkan rasanya yang manis dan berjus. Rupa fizikalnya juga agak cantik dan mempunyai bentuk kulit yang bersih dan sesuai terutamanya untuk upacara keagamaan.

MARDI telah memperkenalkan klon Melo Mas yang bersaiz lebih kecil tetapi kurang berserabut, manis, kandungan asid yang rendah dan tidak ada rasa pahit selepas dimakan.

Buah limau bali yang hampir matang dan mempunyai kualiti yang baik. Bagi mencapai tahap kualiti ini, Limau Bali perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula dari amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran, Penuaian perlu dilakukan pada tahap optimum untuk menjamin kualiti rasa dan jangka hayat.

Secara umum, buah Limau Bali akan matang 6 bulan selepas bunga kembang, Buah yang matang boleh dikenali dari kulit yang licin berbintik hijau kekuningan atau hijau perang, sementara bulu-bulu yang terdapat pada kulit akan hilang. Buah Limau Bali yang telah dipetik dan disediakan boleh disimpan sementara selama 1-2 minggu pada suhu 7-9″C dengan kadar kelembapan relatif 85-90%,

Tanaman, Limau, Bali, Tanaman Limau ciri-ciri, Tanaman Limau foto, Tanaman Limau fungsi, Tanaman Limau gambar, Tanaman Limau informasi, Tanaman Limau kategori, Tanaman Limau mengumpulkan dan memproses, Tanaman Limau rincian, Tanaman Limau selera seksual, Tanaman Limau tanaman, morfologi, sumber Tanaman Limau, tanaman Tanaman Limau morfologi, video studio Tanaman Limau, Limau Bali, botani, Citrus grandis, Citrus maxima, Pomelo, Limau Besar, Limau Abung, Limau Tambun, Limau Betawi, Asia Tenggara, banyak, Indonesia, China, Thailand, Malaysia, Limau Bali, Perak, Kedah, Melaka, Kelantan