Tag Archives: licin

Cempaka – Michelia Champaca Linn

Cempaka – Michelia Champaca Linn

 

 

Nama Tempatan: Cempaka
Nama Saintifik: Michelia champaca Linn
Nama Lain: Kantil(jawa)
Famili: MAGNOLIACEAE

Keterangan

Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah.

Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.Buahnya sedap dimakan ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah,cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini.

Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga,daun dan kayunya.

Kegunaan

Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin,demam selsema dan kencing tak lawas.Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari.Untuk kencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih,disejukkan dan airnya diminum sekali sehari.

Untuk demam selsema pula,akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.

Cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul,beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul.Untuk pitam pula,beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam.Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut.selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.

Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik.Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan.

Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut.Bunganya yang masih belum mekar,direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea.Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak.Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.

Untuk bayi yang hendak bercerai susu,bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

Commmon Name
Botanical Name: Michelia champaca Linn
Other Name: Kantil(jawa)
Family: MAGNOLIACEAE

 

 

Cempaka, pokok, berkayu, tumbuh, hutan, ketinggian, mencapai, meter, warna, bunga, putih, kuning, merah, permukaan, litupi, rerambut, halus, daun, cempaka, putih, licin, bentuk, jantung bahagian, pahit, perabut, peralatan, rumah, begitu, besar, minyak volatile, cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, methulaethulazijnzuur, bau, wangi, minyak, pati, cempaka, ekstrak, bunga, daun, kayu, kecacingan, rheumatik, fungsi Cempaka, komposisi kimia Cempaka, lycium barbarum, Cempaka, Cempaka buah, Cempaka ciri-ciri, Cempaka foto, Cempaka gambar, Cempaka informasi, Cempaka kategori, Cempaka mengumpulkan dan memproses, Cempaka selera seksual, Cempaka studio, Cempaka tanaman, buah-buahan

Cekur – Kaempferia galangal

Cekur – Kaempferia galangal

Nama Tempatan: Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Nama Lain: Kencur
Famili: Zingiberaeceae

Keterangan

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.

Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

Kegunaan

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang.

Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal.

Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik.

Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Commmon Name

Botanical Name: Kaempferia galangal
Other Name: Kencur
Family: Zingiberaeceae

Sejenis, herba, tumbuh, melebar, atas, tanah, Daun, licin, berbentuk tirus, tersusun, padat, Hujung, daun, runcing, panjang, lebar, Daun, sedikit, aroma, Cekur, berbatang, bunga, berwarna, putih, ungu, Akar, rizom, bercabang, beraroma, isi, berwarna, kuning, oren, mengatasi, masalah, kelemumur, menghilang, rasa, gatal, pedih, akibat, gigit, ulat, bulu, cekur, merawat, sakit, kepala, Kaempferia galangal, Kencur, Zingiberaeceae, herba daun, foto Kaempferia galangal, gambar Kaempferia galangal, galeri Kaempferia galangal, web Kaempferia galangal, Kaempferia galangal fungsi, Kaempferia galangal informasi, Kaempferia galangal jenis, Kaempferia galangal selera, Kaempferia galangal sumber, Kaempferia galangal video