Tag Archives: merayap

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Nama Tempatan: Bunga Ros Jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan

Keterangan

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.

Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Ros, jepun, sejenis, tumbuhan, hiasan, ramai, bunga, menarik, mudah, merah jambu, merah terang, putih, kuning, ungu, oren, campuran, warna, merah, jambu, tumbuhan, herba, merayap, menyukai tanah, bersaliran baik, Bunga Ros Jepun buah, Bunga Ros Jepun ciri-ciri, Bunga Ros Jepun foto, Bunga Ros Jepun gambar, Bunga Ros Jepun informasi, Bunga Ros Jepun kategori, Bunga Ros Jepun mengumpulkan dan memproses, Bunga Ros Jepun selera seksual, Bunga Ros Jepun studio, Bunga Ros Jepun tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Gansui Root, tanam-tanaman, video Bunga Ros Jepun