Tag Archives: mudah

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Nama Tempatan: Bunga Ros Jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan

Keterangan

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.

Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Ros, jepun, sejenis, tumbuhan, hiasan, ramai, bunga, menarik, mudah, merah jambu, merah terang, putih, kuning, ungu, oren, campuran, warna, merah, jambu, tumbuhan, herba, merayap, menyukai tanah, bersaliran baik, Bunga Ros Jepun buah, Bunga Ros Jepun ciri-ciri, Bunga Ros Jepun foto, Bunga Ros Jepun gambar, Bunga Ros Jepun informasi, Bunga Ros Jepun kategori, Bunga Ros Jepun mengumpulkan dan memproses, Bunga Ros Jepun selera seksual, Bunga Ros Jepun studio, Bunga Ros Jepun tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Gansui Root, tanam-tanaman, video Bunga Ros Jepun

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar (kalanchoe pinnata)  merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun. Ia digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan ke dalam air kemudian air itu dipupuk ke atas kepala.

Selain itu ia digunakan untuk mencegah kanser ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.

Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut. Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari.

Daun yang telah ditumbuk juga boleh digunakan sebagai pengubat bisul dengan cara meletakkan daun yang ditumbuk itu disekeliling bisul.



 

Setawar, Kalanchoe Pinnata, kalanchoe pinnata, pokok, penyimpan, air, mudah, tumbuh, walaupun, daun, menyejukkan, badan, terutama, ketika, serang, demam, panas, cara, meramas, daun, masukkan dalam, air, kemudian, pupuk, atas, kepala, mencegah, kanser, mempunyai, anti, bakteria,  mengelakkan, mencegah, keradangan, terutama, kulit, Setawar gambar, dijumpai, Dukung, Setawar, Setawar buah, Setawar Cina, Setawar cina ciri-ciri, Setawar Cina mengumpulkan dan memproses, Setawar foto, Setawar informasi, Setawar kategori, Setawar rincian, Setawar selera seksual, Setawar studio, Setawar tanaman, Eurphorbiaceae, famili, fungsi Setawar cina, Indikasi Setawar, Indonesia, kawasan, Kelek anak, kiranelligida Lokasi, komposisi kimia Setawar cina, kusta, lebam, longkang, luka, Malaysia, meniran(indonesia), Nama Biasa, Nama Lain, nama saintifik, penghilang dahaga, penyakit kelenjar kencing, Pertanian, Phyllanthus Niruri, rumput dan buah-buahan, sumber Setawar, tanam-tanaman, tanaman Setawar morfologi, video Setawar Cina

Tanaman Tebu

Tanaman Tebu

Tebu merupakan tanaman yang jarang diusahakan oleh usahawan tani di Malaysia sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Tanpa mereka sedari sebenarnya tebu lebih mudah untuk ditanam dan boleh mendatangkan hasil lumayan yang berterusan.

Modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara komersial ialah RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan.

Kebiasaannya, tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar.

Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.

 

Tanaman Tebu, Tanaman Tebu ciri-ciri, Tanaman Tebu foto, Tanaman Tebu fungsi, Tanaman Tebu gambar, Tanaman Tebu informasi, Tanaman Tebu kategori, Tanaman Tebu mengumpulkan dan memproses, Tanaman Tebu rincian, Tanaman Tebu selera seksual, Tanaman Tebu tanaman, morfologi, sumber Tanaman Tebu, tanaman Tanaman Tebu morfologi, video studio Tanaman Tebu, Tebu, Malaysia, besar, tanam, hasil, lumayan, Modal, memulakan, penanaman, tebu, komersial, ekar, cerewet, mudah, keratan, matatunas, keratan, bahan, tanaman, batang, keratan, sehektar, mencelupkan, keratan, campuran, Dielrin, Benomyl, tanaman, sebaris, alur