Tag Archives: oren

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Nama Tempatan: Bunga Ros Jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan

Keterangan

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.

Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Ros, jepun, sejenis, tumbuhan, hiasan, ramai, bunga, menarik, mudah, merah jambu, merah terang, putih, kuning, ungu, oren, campuran, warna, merah, jambu, tumbuhan, herba, merayap, menyukai tanah, bersaliran baik, Bunga Ros Jepun buah, Bunga Ros Jepun ciri-ciri, Bunga Ros Jepun foto, Bunga Ros Jepun gambar, Bunga Ros Jepun informasi, Bunga Ros Jepun kategori, Bunga Ros Jepun mengumpulkan dan memproses, Bunga Ros Jepun selera seksual, Bunga Ros Jepun studio, Bunga Ros Jepun tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Gansui Root, tanam-tanaman, video Bunga Ros Jepun

Cekur – Kaempferia galangal

Cekur – Kaempferia galangal

Nama Tempatan: Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Nama Lain: Kencur
Famili: Zingiberaeceae

Keterangan

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.

Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

Kegunaan

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang.

Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal.

Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik.

Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Commmon Name

Botanical Name: Kaempferia galangal
Other Name: Kencur
Family: Zingiberaeceae

Sejenis, herba, tumbuh, melebar, atas, tanah, Daun, licin, berbentuk tirus, tersusun, padat, Hujung, daun, runcing, panjang, lebar, Daun, sedikit, aroma, Cekur, berbatang, bunga, berwarna, putih, ungu, Akar, rizom, bercabang, beraroma, isi, berwarna, kuning, oren, mengatasi, masalah, kelemumur, menghilang, rasa, gatal, pedih, akibat, gigit, ulat, bulu, cekur, merawat, sakit, kepala, Kaempferia galangal, Kencur, Zingiberaeceae, herba daun, foto Kaempferia galangal, gambar Kaempferia galangal, galeri Kaempferia galangal, web Kaempferia galangal, Kaempferia galangal fungsi, Kaempferia galangal informasi, Kaempferia galangal jenis, Kaempferia galangal selera, Kaempferia galangal sumber, Kaempferia galangal video