Tag Archives: permukaan

Cempaka – Michelia Champaca Linn

Cempaka – Michelia Champaca Linn

 

 

Nama Tempatan: Cempaka
Nama Saintifik: Michelia champaca Linn
Nama Lain: Kantil(jawa)
Famili: MAGNOLIACEAE

Keterangan

Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah.

Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.Buahnya sedap dimakan ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah,cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini.

Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga,daun dan kayunya.

Kegunaan

Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin,demam selsema dan kencing tak lawas.Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari.Untuk kencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih,disejukkan dan airnya diminum sekali sehari.

Untuk demam selsema pula,akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.

Cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul,beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul.Untuk pitam pula,beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam.Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut.selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.

Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik.Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan.

Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut.Bunganya yang masih belum mekar,direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea.Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak.Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.

Untuk bayi yang hendak bercerai susu,bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

Commmon Name
Botanical Name: Michelia champaca Linn
Other Name: Kantil(jawa)
Family: MAGNOLIACEAE

 

 

Cempaka, pokok, berkayu, tumbuh, hutan, ketinggian, mencapai, meter, warna, bunga, putih, kuning, merah, permukaan, litupi, rerambut, halus, daun, cempaka, putih, licin, bentuk, jantung bahagian, pahit, perabut, peralatan, rumah, begitu, besar, minyak volatile, cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, methulaethulazijnzuur, bau, wangi, minyak, pati, cempaka, ekstrak, bunga, daun, kayu, kecacingan, rheumatik, fungsi Cempaka, komposisi kimia Cempaka, lycium barbarum, Cempaka, Cempaka buah, Cempaka ciri-ciri, Cempaka foto, Cempaka gambar, Cempaka informasi, Cempaka kategori, Cempaka mengumpulkan dan memproses, Cempaka selera seksual, Cempaka studio, Cempaka tanaman, buah-buahan

Depu Pelanduk – Wikstroermia Redleyi

Depu Pelanduk – Wikstroermia Redleyi

 

Nama Tempatan: Depu Pelanduk
Nama Saintifik: wikstroermia redleyi
Nama Lain:
Famili: Thymelaeaeceae
Lokasi dijumpai: Tumpat, Kelantan
Asal: Tumbuhan tempatan

Keterangan

Depu pelanduk merupakan sejenis tumbuhan herba renek, ketinggian sekitar 2 hingga 4 kaki, yang biasa dijumpai dibelukar dan semak samun di malaysia. daunnya hijau dengan permukaan yang berkilat. buahnya berbentuk beri dan berjambak. bentuk buahnya agak sedikit lonjong. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berwarna merah terang apabila masak.

sungguhpun buahnyua kelihatan amat menarik, ia merupakan buah yang beracun. kanak-kanak senang tertarik kepada buahnya kerana warnanya yang amat menarik dan kelihatan seolah-olah rasanya manis sekali. Keracunan akibat makan buah depu pelanduk boleh mengakibatkan kematian.

Depu pelanduk membiak dengan menggunakan biji benih.

Kegunaan

Kegunaan perubatan masih belum diketahui

Commmon Name

Botanical Name: wikstroermia redleyi
Other Name:
Family: thymelaeaeceae
Location:
Origin: Tumbuhan tempatan

Depu, pelanduk, sejenis, tumbuhan, herba, renek, belukar, semak, malaysia, hijau, permukaan, berkilat, buah, berbentuk, beri, berjambak, bentuk, buah, lonjong, berwarna, hijau, muda, berwarna, merah, masak, manis, buah depu, pelanduk, herba daun, herba pokok, foto herba, gambar herba, buah buahan, fungsi Depu Pelanduk, Herba Akar, Depu Pelanduk, Depu Pelanduk buah, Depu Pelanduk ciri-ciri, Depu Pelanduk foto, Depu Pelanduk gambar, Depu Pelanduk informasi, Depu Pelanduk kategori, Depu Pelanduk mengumpulkan dan memproses, Depu Pelanduk studio, Depu Pelanduk tanaman, komposisi kimia Depu Pelanduk, rumput dan buah-buahan, sumber Depu Pelanduk, tanam-tanaman, video Depu Pelanduk

Bemban – Donax Grandis

Bemban – Donax Grandis

Nama Tempatan: Bemban
Nama Saintifik: Donax Grandis
Nama Lain: common donax, lamah(kadazan dusun)
Famili: Marantaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal: Tumbuhan tempatan

Keterangan

Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh.Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat.Batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang.

Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat.Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun.

Kegunaan

kulit batangnya yang telah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia.Selain daripada itu ia juga boleh dianyam untuk dijadikan bakul. Perkataan bemban itu sendiri memberi maksud perangkap ikan sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan.

Daunnya boleh digulungkan dijadikan serunai dan menghasilkan bunyi yang merdu dan menjadi permainan kanak-kanak kampung.batangnya juga boleh dijadikan senapang mainan.

Bemban juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri.Jus yang diperah dari tumbuhan ini digunakan sebagai ubat titis mata untuk sakit mata.Teknik perubatan ini digunakan terutamanya oleh masyarakat kadazan dusun di sabah.

Ia dititiskan pada mata yang sakit sebanyak tiga kali sehari(sumber: http://www.borneofocus.com/saip/vaic/R&D/article13.htm)

bemban juga merupakan habitat utama bagi kelip-kelip.Ia juga sesuai dijadikan tumbuhan hiasan yang memaparkan ciri-ciri tropika.
English Translation

Commmon Name:
Botanical Name: Donax Grandis
Other Name: common donax, lamah(kadazan dusun)
Family: Marantaceae
Location:
Origin: Tumbuhan tempatan

Bemban, sejenis, tumbuhan, berumpun, batang, kelihatan, pokok, buluh, agak, besar, berbentuk, oval, permukaan, cantik, berkilat, Batang, tinggi, daun, bahagian, hujung, batang, Bungan, berwarna putih, menghasil, bau wangi, berbentuk, bulat, bersaiz kecil, membiak, anak  terhasil, rumpun, pecahan, rumpun, Donax Grandis, berkilat, Bemban, Bemban, Bemban buah, Bemban cina ciri-ciri, Bemban Cina mengumpulkan dan memproses, Bemban foto, Bemban informasi, Bemban kategori, Bemban rincian, Bemban selera seksual, Bemban studio, Bemban tanaman, Beri, buah buahan

Asam Kerenda – Carissa Carandas

Asam Kerenda – Carissa Carandas

Nama Tempatan: Asam Kerenda
Nama Saintifik: Carissa carandas L.
Nama Lain: karanda(English), caranda plum,Cu Huang Guo (china)
Famili: Apocynaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan tempatan
Asal: India

Keterangan

Asam kerenda merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang biasa kita jumpai dikampung-kampung . Ia biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan laman. Buahnya yang masam biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak kampung.Ia merupakan sejenis tumbuhan renek separa menjalar.

Ini bermaksud jika rantingnya dibiarkan panjang dan tidak dipangkas ia juga boleh menjalar dan memanjat sebarang sokongan yang berhampiran dengannya sama seperti pokok bunga kertas.Pokok asam kerenda berasal daripada India namun kini ia telah menjadi tumbuhan tempatan di Malaysia.Daun asam kerenda berwarna hijau tua dengan permukaan daunnya berkilat.

Daunnya agak kecil. Bunganya pula berwarna putih dan mempunyai bau yang agak wangi.Buahnya kecil-kecil, berwarna hijau ketika muda, bertukar menjadi merah apabila masak dan akhirnya menjadi merah kehitaman apabila telah masak ranum.selain daripada dimakan secara mentah buahnya yang masak juga boleh dijadikan jem.

Pembiakan asam kerenda boleh dilakukan melalui cara biasa iaitu keratan batang dan biji benihnya.

Kegunaan

Tumbuhan hiasan herba dan buah-buahan
English Translation

Commmon Name

Botanical Name: Carissa carandas L.
Other Name: karanda(English), caranda plum,Cu Huang Guo (china)
Family: Apocynaceae


Asam, kerenda, sejenis, tumbuhan, tempatan, tumbuhan, hiasan, laman, masam, tumbuhan, renek, separa, menjalar, ranting, biar, panjang, menjalar, memanjat, bunga, kertas, kerenda, India, tempatan, Malaysia, hijau, tua, permukaan, berkilat, kecil, Bunga, berwarna putih, bau, wangi, merah, merah, kehitaman, masak, ranum, mentah, buah, masak, jem, Pembiakan, asam kerenda, keratan,batang, biji, benih, Asam Kerenda foto, Asam Kerenda gambar, Asam Kerenda web, Asam Kerenda buah buahan, Asam Kerenda herba