Tag Archives: pokok

Cempaka – Michelia Champaca Linn

Cempaka – Michelia Champaca Linn

 

 

Nama Tempatan: Cempaka
Nama Saintifik: Michelia champaca Linn
Nama Lain: Kantil(jawa)
Famili: MAGNOLIACEAE

Keterangan

Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah.

Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.Buahnya sedap dimakan ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah,cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini.

Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga,daun dan kayunya.

Kegunaan

Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin,demam selsema dan kencing tak lawas.Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari.Untuk kencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih,disejukkan dan airnya diminum sekali sehari.

Untuk demam selsema pula,akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.

Cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul,beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul.Untuk pitam pula,beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam.Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut.selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.

Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik.Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan.

Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut.Bunganya yang masih belum mekar,direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea.Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak.Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.

Untuk bayi yang hendak bercerai susu,bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

Commmon Name
Botanical Name: Michelia champaca Linn
Other Name: Kantil(jawa)
Family: MAGNOLIACEAE

 

 

Cempaka, pokok, berkayu, tumbuh, hutan, ketinggian, mencapai, meter, warna, bunga, putih, kuning, merah, permukaan, litupi, rerambut, halus, daun, cempaka, putih, licin, bentuk, jantung bahagian, pahit, perabut, peralatan, rumah, begitu, besar, minyak volatile, cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, methulaethulazijnzuur, bau, wangi, minyak, pati, cempaka, ekstrak, bunga, daun, kayu, kecacingan, rheumatik, fungsi Cempaka, komposisi kimia Cempaka, lycium barbarum, Cempaka, Cempaka buah, Cempaka ciri-ciri, Cempaka foto, Cempaka gambar, Cempaka informasi, Cempaka kategori, Cempaka mengumpulkan dan memproses, Cempaka selera seksual, Cempaka studio, Cempaka tanaman, buah-buahan

Pokok Derhaka Mertua – Plumbago Indica

Pokok Derhaka Mertua – Plumbago Indica

Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar

Keterangan: 
Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman. Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim.

Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak.

Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan. Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.

Kegunaan: 
Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan.

Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid.

Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati.

Pokok, Derhaka, Mertua, Plumbago Indica, Nama Tempatan, Derhaka Mertua, Saintifik, Plumbago, Indica, Nama Lain, Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool, Famili, Plumbaginaceae, Lokasi, Tumbuhan Liar, Tumbuhan, renek, kumpulan, tumbuhan, kegunaan, herba, berubat, zaman berzaman, tumbuhan, herb, semusim, Batang, separa, berkayu, ranting, lentur, glokosid sitostrerol, batuk, bronkitis, angin, perut, menggugur, janin, wanita, hamil

Linden flowers – Tilia cordata

Linden flowers – Tilia cordata

Bunga Linden telah digunakan sejak akhir Zaman Pertengahan sebagai seorang yg mengeluarkan keringat, iaitu ubat yang mempromosikan keringat.
Linden bunga juga disarankan baik sebagai yg menenangkan (penenang) dan stimulan, dua menggunakan hanya bertentangan.
Selain itu, bunga linden dianggap berharga dalam rawatan sakit kepala, gangguan pencernaan, histeria, dan diare.
Bunga Linden pernah dianggap sangat efektif dalam rawatan epilepsi bahawa pesakit yang boleh disembuhkan hanya akan duduk di bawah pokok.

Nama Botani

Tilia spp

Keluarga

Tiliaceae

Genus dan specie

Tilia cordata / T. parvifolia

Nama lain

Basswood, pokok limau, kayu putih dan limau berdaun kecil.

Bahagian Guna

Bunga, daun muda, dalam kulit.

Penggunaannya

Linden adalah, keringat antispasmodic-mendorong, dan ubat penenang. Linden mengurangkan ketegangan dan sakit kepala sinus, membantu untuk menenangkan fikiran dan membolehkan mudah.

Linden adalah ubat yang sangat baik untuk stres dan panik, dan digunakan khusus untuk mengubati jantung berdebar-debar gelisah.

Bunga memberikan bantuan untuk pilek dan flu dengan mengurangkan hidung dan demam menenangkan.

Bunga Linden yang umumnya diambil untuk menurunkan tekanan darah tinggi, terutama ketika faktor-faktor emosional yang terlibat.

Bunga digunakan dalam jangka panjang untuk merawat tekanan darah tinggi sistolik yang berkaitan dengan arteriosclerosis.

Karena high emolien mereka, bunga limau digunakan di Perancis untuk membuat lotion untuk kulit gatal.

Linden flower, Linden flower kategori,sumber Linden flower,Linden flower tanaman, Linden flower mengumpulkan dan memproses,Linden flowerciri-ciri, komposisi kimia Linden flower, fungsi Linden flower,Linden flower informasi,Linden flower foto, Linden flower gambar, video Linden flower, Linden flower akar,Linden flower buah, buah-buahan, Tilia, Tiliaceae,Tilia, cordata, parvifolia,pokok, limau, kayu, putih, limau, berdaun, kecil, Bunga, daun, muda, kulit

Belalai Gajah – Clinacanthus Nutans

Belalai Gajah – Clinacanthus Nutans

Nama Tempatan: Belalai Gajah
Nama Saintifik: clinacanthus Nutans
Nama Lain: Gendis(melayu),E zui hua( snake plant,Sa-laid-pang-porn, phaya yo ,phaya plongtong(Thai)
Famili: acanthaceae
Lokasi dijumpai: tumbuhan herba
Asal: Tumbuhan tempatan

Keterangan

Pokok belalai gajah merupakan sejenis herba popular dalam perubatan tradisional thai dan china. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila dilanda angin.

Tumbuhan daripada keluarga acanthaceae.Ia boleh membiak melalui keratan batang.

Kegunaan

Ia digunakan di thailand sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox).

Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis. Ia juga digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular.

Ada Kajian saintifik menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular

Commmon Name
Botanical Name: Clinacanthus Nutans
Other Name: Gendis(melayu),E zui hua( snake plant,Sa-laid-pang-porn, phaya yo ,phaya plongtong(Thai)
Family: acanthaceae
Location:
Origin: Tumbuhan tempatan


Belalai Gajah, Clinacanthus, Nutans, Pokok, belalai, gajah, sejenis, herba, popular, perubatan, tradisional, thai, china, sejenis, tumbuhan, herba, batang, kecil, panjang, batang, kecil, lembut, rebah, landa, angin, Tumbuhan, keluarga, acanthaceae, membiak, keratan, batang, merawat, penyakit, kulit, ekstrak, tumbuhan, herba tumbuhan, acanthaceae, Tumbuhan tempatan, keratan, batang, landa, angin, Clinacanthus Nutans, gigitan ular, herba semulajadi, buah buahan, Cina Belalai Gajah, cina Belalai Gajah gambar, fungsi Belalai Gajah cina, Indikasi Belalai Gajah, komposisi kimia Belalai Gajah cina, Belalai Gajah buah, Belalai Gajah Cina, Belalai Gajah cina ciri-ciri, Belalai Gajah Cina mengumpulkan dan memproses, Belalai Gajah foto, Belalai Gajah informasi, Belalai Gajah kategori, Belalai Gajah studio, Belalai Gajah tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Belalai Gajah, tanam-tanaman, tanaman Belalai Gajah morfologi, video Belalai Gajah Cina

Bemban – Donax Grandis

Bemban – Donax Grandis

Nama Tempatan: Bemban
Nama Saintifik: Donax Grandis
Nama Lain: common donax, lamah(kadazan dusun)
Famili: Marantaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal: Tumbuhan tempatan

Keterangan

Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh.Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat.Batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang.

Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat.Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun.

Kegunaan

kulit batangnya yang telah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia.Selain daripada itu ia juga boleh dianyam untuk dijadikan bakul. Perkataan bemban itu sendiri memberi maksud perangkap ikan sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan.

Daunnya boleh digulungkan dijadikan serunai dan menghasilkan bunyi yang merdu dan menjadi permainan kanak-kanak kampung.batangnya juga boleh dijadikan senapang mainan.

Bemban juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri.Jus yang diperah dari tumbuhan ini digunakan sebagai ubat titis mata untuk sakit mata.Teknik perubatan ini digunakan terutamanya oleh masyarakat kadazan dusun di sabah.

Ia dititiskan pada mata yang sakit sebanyak tiga kali sehari(sumber: http://www.borneofocus.com/saip/vaic/R&D/article13.htm)

bemban juga merupakan habitat utama bagi kelip-kelip.Ia juga sesuai dijadikan tumbuhan hiasan yang memaparkan ciri-ciri tropika.
English Translation

Commmon Name:
Botanical Name: Donax Grandis
Other Name: common donax, lamah(kadazan dusun)
Family: Marantaceae
Location:
Origin: Tumbuhan tempatan

Bemban, sejenis, tumbuhan, berumpun, batang, kelihatan, pokok, buluh, agak, besar, berbentuk, oval, permukaan, cantik, berkilat, Batang, tinggi, daun, bahagian, hujung, batang, Bungan, berwarna putih, menghasil, bau wangi, berbentuk, bulat, bersaiz kecil, membiak, anak  terhasil, rumpun, pecahan, rumpun, Donax Grandis, berkilat, Bemban, Bemban, Bemban buah, Bemban cina ciri-ciri, Bemban Cina mengumpulkan dan memproses, Bemban foto, Bemban informasi, Bemban kategori, Bemban rincian, Bemban selera seksual, Bemban studio, Bemban tanaman, Beri, buah buahan

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar (kalanchoe pinnata)  merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun. Ia digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan ke dalam air kemudian air itu dipupuk ke atas kepala.

Selain itu ia digunakan untuk mencegah kanser ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.

Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut. Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari.

Daun yang telah ditumbuk juga boleh digunakan sebagai pengubat bisul dengan cara meletakkan daun yang ditumbuk itu disekeliling bisul.



 

Setawar, Kalanchoe Pinnata, kalanchoe pinnata, pokok, penyimpan, air, mudah, tumbuh, walaupun, daun, menyejukkan, badan, terutama, ketika, serang, demam, panas, cara, meramas, daun, masukkan dalam, air, kemudian, pupuk, atas, kepala, mencegah, kanser, mempunyai, anti, bakteria,  mengelakkan, mencegah, keradangan, terutama, kulit, Setawar gambar, dijumpai, Dukung, Setawar, Setawar buah, Setawar Cina, Setawar cina ciri-ciri, Setawar Cina mengumpulkan dan memproses, Setawar foto, Setawar informasi, Setawar kategori, Setawar rincian, Setawar selera seksual, Setawar studio, Setawar tanaman, Eurphorbiaceae, famili, fungsi Setawar cina, Indikasi Setawar, Indonesia, kawasan, Kelek anak, kiranelligida Lokasi, komposisi kimia Setawar cina, kusta, lebam, longkang, luka, Malaysia, meniran(indonesia), Nama Biasa, Nama Lain, nama saintifik, penghilang dahaga, penyakit kelenjar kencing, Pertanian, Phyllanthus Niruri, rumput dan buah-buahan, sumber Setawar, tanam-tanaman, tanaman Setawar morfologi, video Setawar Cina