Tag Archives: ros

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Nama Tempatan: Bunga Ros Jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan

Keterangan

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.

Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Ros, jepun, sejenis, tumbuhan, hiasan, ramai, bunga, menarik, mudah, merah jambu, merah terang, putih, kuning, ungu, oren, campuran, warna, merah, jambu, tumbuhan, herba, merayap, menyukai tanah, bersaliran baik, Bunga Ros Jepun buah, Bunga Ros Jepun ciri-ciri, Bunga Ros Jepun foto, Bunga Ros Jepun gambar, Bunga Ros Jepun informasi, Bunga Ros Jepun kategori, Bunga Ros Jepun mengumpulkan dan memproses, Bunga Ros Jepun selera seksual, Bunga Ros Jepun studio, Bunga Ros Jepun tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Gansui Root, tanam-tanaman, video Bunga Ros Jepun

Beri Hitam – Rubus fruticosus

Beri Hitam – Rubus fruticosus

Nama Tempatan

Beri Hitam

Nama Saintifik

Rubus fruticosus Agg

Nama Lain

Blackberry, blackberry cane, bramble bush

Famili

Rosaceae

Lokasi dijumpai

Taman Agro Pertanian Mardi Cameron Highland

Asal

England

Keterangan

Beri hitam atau lebih dikenali dengan nama englishnya blackberry merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga ros.

Tergolong dalam genus bramble, ia merupakan gabungan lebih kurang 320 spesis tumbuhan dari genus rubus.

Ia merupakan tumbuhanjenis kekal dan akan hidup dalam satu jangkamasa yang lama jika diberikan penjagaan yang baik.Batang blackberry berduri dan durinya sama dengan duri bunga ros.

Daunnya berbentuk oval, bergerigis dibahagian tepi daun dan mempunyai urat daun yang jelas dan jaraknya berdekatan.

Permukaan daunnya berkilat.

Blackberry membiak menggunakan kaedah keratan batang.

Cara mudah membiakkannya ialah dengan menyemai keratan batangnya didalam pasir terlebih dahulu sebelum dipindakan dan disemai di dalam polibag.

Bunga blackberry berwarna putih.

Buahnya pula berwarna hijau ketika muda , bertukar merah apabila tua dan akan menjadi merah kehitaman apabila ranum.

Rasa buah blackberry yang ranum masam-masam manis dan buahnya berair dan sedap.

Kegunaan

Kegunaan blackberry lebih kepada kegunaan dalam masakan . Ia dijadikan jem, jeli,pai dan jus. Blackberry yang dikeringkan sedap dimakan bersama bijirin sarapan.

Beri Hitam, Beri Hitam kategori,sumber Beri Hitam,Beri Hitam tanaman, Beri Hitam mengumpulkan dan memproses,Beri Hitam ciri-ciri,komposisi kimia Beri Hitam,fungsi Beri Hitam,Beri Hitam informasi,Beri Hitam foto, Beri Hitam gambar, video Beri Hitam, Rubus fruticosus Agg,Blackberry, blackberry cane, bramble, bush,Rosaceae,Taman, Agro, Pertanian, Mardi, Cameron Highland,Englandblackberry, sejenis tumbuhan,keluarga, ros,Tergolong, genus, bramble, 320, spesis, tumbuhan,genus rubus