Tag Archives: separa

Pokok Derhaka Mertua – Plumbago Indica

Pokok Derhaka Mertua – Plumbago Indica

Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar

Keterangan: 
Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman. Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim.

Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak.

Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan. Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.

Kegunaan: 
Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan.

Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid.

Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati.

Pokok, Derhaka, Mertua, Plumbago Indica, Nama Tempatan, Derhaka Mertua, Saintifik, Plumbago, Indica, Nama Lain, Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool, Famili, Plumbaginaceae, Lokasi, Tumbuhan Liar, Tumbuhan, renek, kumpulan, tumbuhan, kegunaan, herba, berubat, zaman berzaman, tumbuhan, herb, semusim, Batang, separa, berkayu, ranting, lentur, glokosid sitostrerol, batuk, bronkitis, angin, perut, menggugur, janin, wanita, hamil

Asam Kerenda – Carissa Carandas

Asam Kerenda – Carissa Carandas

Nama Tempatan: Asam Kerenda
Nama Saintifik: Carissa carandas L.
Nama Lain: karanda(English), caranda plum,Cu Huang Guo (china)
Famili: Apocynaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan tempatan
Asal: India

Keterangan

Asam kerenda merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang biasa kita jumpai dikampung-kampung . Ia biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan laman. Buahnya yang masam biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak kampung.Ia merupakan sejenis tumbuhan renek separa menjalar.

Ini bermaksud jika rantingnya dibiarkan panjang dan tidak dipangkas ia juga boleh menjalar dan memanjat sebarang sokongan yang berhampiran dengannya sama seperti pokok bunga kertas.Pokok asam kerenda berasal daripada India namun kini ia telah menjadi tumbuhan tempatan di Malaysia.Daun asam kerenda berwarna hijau tua dengan permukaan daunnya berkilat.

Daunnya agak kecil. Bunganya pula berwarna putih dan mempunyai bau yang agak wangi.Buahnya kecil-kecil, berwarna hijau ketika muda, bertukar menjadi merah apabila masak dan akhirnya menjadi merah kehitaman apabila telah masak ranum.selain daripada dimakan secara mentah buahnya yang masak juga boleh dijadikan jem.

Pembiakan asam kerenda boleh dilakukan melalui cara biasa iaitu keratan batang dan biji benihnya.

Kegunaan

Tumbuhan hiasan herba dan buah-buahan
English Translation

Commmon Name

Botanical Name: Carissa carandas L.
Other Name: karanda(English), caranda plum,Cu Huang Guo (china)
Family: Apocynaceae


Asam, kerenda, sejenis, tumbuhan, tempatan, tumbuhan, hiasan, laman, masam, tumbuhan, renek, separa, menjalar, ranting, biar, panjang, menjalar, memanjat, bunga, kertas, kerenda, India, tempatan, Malaysia, hijau, tua, permukaan, berkilat, kecil, Bunga, berwarna putih, bau, wangi, merah, merah, kehitaman, masak, ranum, mentah, buah, masak, jem, Pembiakan, asam kerenda, keratan,batang, biji, benih, Asam Kerenda foto, Asam Kerenda gambar, Asam Kerenda web, Asam Kerenda buah buahan, Asam Kerenda herba