Tag Archives: tumbuh

Cempaka – Michelia Champaca Linn

Cempaka – Michelia Champaca Linn

 

 

Nama Tempatan: Cempaka
Nama Saintifik: Michelia champaca Linn
Nama Lain: Kantil(jawa)
Famili: MAGNOLIACEAE

Keterangan

Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah.

Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.Buahnya sedap dimakan ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah,cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini.

Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga,daun dan kayunya.

Kegunaan

Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin,demam selsema dan kencing tak lawas.Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari.Untuk kencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih,disejukkan dan airnya diminum sekali sehari.

Untuk demam selsema pula,akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.

Cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul,beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul.Untuk pitam pula,beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam.Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut.selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.

Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik.Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan.

Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut.Bunganya yang masih belum mekar,direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea.Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak.Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.

Untuk bayi yang hendak bercerai susu,bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

Commmon Name
Botanical Name: Michelia champaca Linn
Other Name: Kantil(jawa)
Family: MAGNOLIACEAE

 

 

Cempaka, pokok, berkayu, tumbuh, hutan, ketinggian, mencapai, meter, warna, bunga, putih, kuning, merah, permukaan, litupi, rerambut, halus, daun, cempaka, putih, licin, bentuk, jantung bahagian, pahit, perabut, peralatan, rumah, begitu, besar, minyak volatile, cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, methulaethulazijnzuur, bau, wangi, minyak, pati, cempaka, ekstrak, bunga, daun, kayu, kecacingan, rheumatik, fungsi Cempaka, komposisi kimia Cempaka, lycium barbarum, Cempaka, Cempaka buah, Cempaka ciri-ciri, Cempaka foto, Cempaka gambar, Cempaka informasi, Cempaka kategori, Cempaka mengumpulkan dan memproses, Cempaka selera seksual, Cempaka studio, Cempaka tanaman, buah-buahan

Ekor Anjing – Plantago Major

Ekor Anjing – Plantago Major

Nama Tempatan: Ekor Anjing
Nama Saintifik: Plantago Major
Nama Lain: Ekor angin,greater plantain,common plantain
Famili: Plantaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal: Tumbuhan tempatan

Keterangan

Tumbuhan ini merupakan sejenis rumpai yang boleh dijumpai tumbuh liar di negara kita bersama rumput dan rumpai lain.Apa yang agak menarik ada tumbuhan ini ialah bunganya yang menegak dengan ketinggian antara 6 hingga 8 inci.

Tumbuhan berumpun ini merupakan tumbuhan yang boleh hidup lama dan bukan tumbuhan semusim. ia membiak melalui biji benih yang akan dikeluarkan apabila pod buahnya pecah.

Ekor anjing mempunyai kandungan kalsium dan beta karotena yang tinggi. Ia juga kaya dengan asid askobik(vitamin c). Pucuknya yang muda boleh dijadikan ulam atau dimasak sebagai sayuran.

Kegunaan

Terdapat beberapa produk dari luar negara yang menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu bahan untuk mengawal dan memberhentikan tabiat merokok.Perokok perlu mengunyah sedikit dari tumbuhan ini setiap kali terasa ingin merokok.Selain dari mengurangkan keinginan merokok ia juga dapat menyegarkan nafas.Selain daripada itu ekor anjing juga mempunyai ciri-ciri menyegarkan, anti-bakteria.

Ia juga dapat melegakan batuk dan mencairkan kahak serta membantu melegakan pernafasan bagi pesakit asma. Ia juga digunakan untuk masalah jangkitan salur kencing, kencing berdarah, bisa terkena gigitan serangga , masalah keradangan kulit dan sebagai peneutral toksid dalam badan.

Commmon Name

Botanical Name: Plantago Major
Other Name: Ekor angin,greater plantain,common plantain
Family: Plantaginaceae
Location:
Origin: Tumbuhan tempatan

Tumbuhan, sejenis, rumpai, tumbuh, liar, negara, rumput, menegak, ketinggian, inci,  semusim, pecah, Ekor anjing, kandungan, kalsium, karotena, kaya, asid, askobik, muda, ulam, masak, sayuran, Ekor, angin, greater plantain, common plantain, kaya, asid, askobik, herba pokok, herba daun, Plantago, ubat-ubatan homeopati, rawatan homeopati, Plantago rosularis utama, pisang yang lebih besar, rawatan homeopati, Plantago rubrifolia utama, herba pisang,  tumbuhan pisang, pisang biasa, penawar homeopati, teh pisang, psyllium Plantago, terapi homeopati, herba menggunakan, herba menggunakan, penawar homeopati, pisang berdaun lebar,  gejala homeopati, menggunakan herba, Plantago benih utama, Plantago utama, pisang perubatan menggunakan, pisang utama, pisang perubatan, herba, herba pisang menggunakan, daun pisang luas, penyelesaian homeopati, homeopati membantu

Cekur – Kaempferia galangal

Cekur – Kaempferia galangal

Nama Tempatan: Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Nama Lain: Kencur
Famili: Zingiberaeceae

Keterangan

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.

Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

Kegunaan

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang.

Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal.

Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik.

Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Commmon Name

Botanical Name: Kaempferia galangal
Other Name: Kencur
Family: Zingiberaeceae

Sejenis, herba, tumbuh, melebar, atas, tanah, Daun, licin, berbentuk tirus, tersusun, padat, Hujung, daun, runcing, panjang, lebar, Daun, sedikit, aroma, Cekur, berbatang, bunga, berwarna, putih, ungu, Akar, rizom, bercabang, beraroma, isi, berwarna, kuning, oren, mengatasi, masalah, kelemumur, menghilang, rasa, gatal, pedih, akibat, gigit, ulat, bulu, cekur, merawat, sakit, kepala, Kaempferia galangal, Kencur, Zingiberaeceae, herba daun, foto Kaempferia galangal, gambar Kaempferia galangal, galeri Kaempferia galangal, web Kaempferia galangal, Kaempferia galangal fungsi, Kaempferia galangal informasi, Kaempferia galangal jenis, Kaempferia galangal selera, Kaempferia galangal sumber, Kaempferia galangal video 

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar – Kalanchoe Pinnata

Setawar (kalanchoe pinnata)  merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun. Ia digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan ke dalam air kemudian air itu dipupuk ke atas kepala.

Selain itu ia digunakan untuk mencegah kanser ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.

Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut. Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari.

Daun yang telah ditumbuk juga boleh digunakan sebagai pengubat bisul dengan cara meletakkan daun yang ditumbuk itu disekeliling bisul.



 

Setawar, Kalanchoe Pinnata, kalanchoe pinnata, pokok, penyimpan, air, mudah, tumbuh, walaupun, daun, menyejukkan, badan, terutama, ketika, serang, demam, panas, cara, meramas, daun, masukkan dalam, air, kemudian, pupuk, atas, kepala, mencegah, kanser, mempunyai, anti, bakteria,  mengelakkan, mencegah, keradangan, terutama, kulit, Setawar gambar, dijumpai, Dukung, Setawar, Setawar buah, Setawar Cina, Setawar cina ciri-ciri, Setawar Cina mengumpulkan dan memproses, Setawar foto, Setawar informasi, Setawar kategori, Setawar rincian, Setawar selera seksual, Setawar studio, Setawar tanaman, Eurphorbiaceae, famili, fungsi Setawar cina, Indikasi Setawar, Indonesia, kawasan, Kelek anak, kiranelligida Lokasi, komposisi kimia Setawar cina, kusta, lebam, longkang, luka, Malaysia, meniran(indonesia), Nama Biasa, Nama Lain, nama saintifik, penghilang dahaga, penyakit kelenjar kencing, Pertanian, Phyllanthus Niruri, rumput dan buah-buahan, sumber Setawar, tanam-tanaman, tanaman Setawar morfologi, video Setawar Cina

Lemon Balm – Melissa Officinalis

Lemon Balm – Melissa Officinalis

Lemon balm (Melissa officinalis) adalah ramuan abadi dalam keluarga mint Lamiaceae, asli ke Eropah selatan dan wilayah Mediterranean.
Ini tumbuh 70-150 cm.Daun mempunyai aroma lemon yang lembut, berkaitan dengan mint.
Pada akhir musim panas, bunga-bunga putih kecil penuh nektar muncul dan menarik lebah. rasa nya berasal dari terpenes sitronelal, sitronelol, citral, dan geraniol.

Nama Tempatan

Lemon Balm

Nama Saintifik

melissa officinalis

Nama Lain

Balm, sweet lemon,

Famili

Labiatae/lamiatae

Lokasi dijumpai

Taman Agro Mardi cameron highland

Asal

Eropah Selatan

Spesis

M. officinalis

Keterangan

Sejenis tumbuhan yang berasal dari eropah selatan, lemon balm merupakan sejenis herba inggeris yang mempunyai banyak kegunaan samaada dari segi perubatan atau untuk masakan.

Tumbuhan ini mempunayai akar yang pendek dengan batanganya yang berbentuk empat segi.

Ia mempunyai banyak cabang dan boleh membesar hingga ketinggian antara 1 hingga 2 meter pada iklim yang sesuai.

Daunnya berbentuk oval,berkedut dan bergerisis pada bahagian tepinya.Daunnya akan menghasilkan bau lemon yang amat kuat apabila dilumatkan.

Daunnya juga mempunyai sedikit rasa lemon yang tidak ketara.

Bunganya kecil , berwarna putih kekuningan dan selalunya lemon balm yang ditanam di Malaysia tidak akan menghasilkan bunga kerana suhu yang tinggi.

Ia merupakan sejenis pokok bukan semusim, tetapi lebih senang mati selepas berbunga.

Untuk mengelakkan ia mati, pangkas ketika sedang berbunga supaya tunas baru boleh dihasilkan.

Ia boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan pembahagian akar.

Ia boleh hidup dipelbagai jenis tanah dengan mengambil kira air yang mencukupi dan suhu yang tidak terlampau panas.

Kegunaan

Dari segi perubatan lemon balm membantu menenangkan rasa gugup, membantu penghadaman,mengelakkan sakit kepada , menghalau serangga dan boleh digunakan untuk rawatan aromaterapi.

Daunnya yang dihancurkan dan disapu pada kulit akan menghalau nyamuk dari menghisap darah kita.

Daunnya digunakan sebagai teh untuk menenangkan.

Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti bakteria.Ada kajian mendapati baunya juga boleh melegakan tekanan.

Lemon Balm, Lemon Balm kategori,sumber Lemon Balm,Lemon Balm tanaman, Lemon Balm mengumpulkan dan memproses,Lemon Balm ciri-ciri,komposisi kimia Lemon Balm,fungsi Lemon Balm,Lemon Balm informasi,Lemon Balm foto, Lemon Balm gambar, video Pudina, Lemon Balm akar, officinalis, ramuan, abadi, mint, Lamiaceae, Eropah, selatan, wilayah, Mediterranean,tumbuh, 70-150, cm,Daun, aroma, lemon, lembut, sitronelal, sitronelol, citral, geraniol,Balm, sweet lemon,Labiatae/lamiatae,Taman Agro Mardi, cameron, highland,Eropah, Selatan

Buah susu – Persea Americana

Buah susu – Persea Americana

Nama Tempatan

Buah susu/Avocado

Nama Saintifik

Persea Americana

Nama Lain

Alpulkat, palta, aguacate(spanish), butter pear, alligator pear

Famili

Lauraceae

Spesis

P. americana

Asal

Mexico

Keterangan

Merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Mexico.

Ia merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter jika tumbuh dalam keadaan yang optimum.

Daunnya tersusun dalam bentuk selang seli dan panjang daunnya ialah antara 12 hingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan.

Buah avocado berbentuk seperti buah pir dah lazimnya panjang buahnya antara 7 hingga 12 cm.

Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang serta kaedah lain sperti tut dan grafting

kegunaan

Buah avocado merupakan buah yang boleh digunakan untuk pelbagai resepi masakan.

Ia boleh dijadikan puding , sup dan aiskrim.Ia juga sedap dimakan bersama susu.

Buahnya yang masak ranum digaulkan bersama susu pekat dan dimakan sebagai manisan.

Selain daripada itu buah avocado juga mempunyai kegunaan sebagai kosmetik terutamanya untuk kecantikan kulit.

Buah susu, Buah susu kategori,sumber Buah susu,Buah susu tanaman, Buah susu mengumpulkan dan memproses,Buah susu ciri-ciri, komposisi kimia Buah susu, fungsi Buah susu,Buah susu informasi,Buah susu foto, Buah susu gambar, video Buah susu, Buah susu akar,Buah susu buah, buah-buahan,Buah susu,Avocado,Persea Americana,Alpulkat, palta, aguacate, butter, pear, alligator, pearLauraceae,Spesis,P. americana,Mexico, tumbuhan,Mexico, sejenis, pokok, ketinggian, sehingga, 20, meter, tumbuh, optimum,Daun, panjang, daun, 12,20 cm,Bunga, kecil, berwarna, kuning, kehijauan