Tag Archives: vitamin C

Delima – Punica granatum

Delima – Punica granatum

 

Nama Tempatan: Delima
Nama Saintifik: Punica granatum
Nama Lain: pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Famili: Lythraceae
Asal: Iran , Himalaya, Utara india

Keterangan

Delima adalah merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama di sana.Kini Delima juga ditanama di Amerika syarikat terutamanya di Kawasan seperti California dan Arizona untuk dijadikan jus.Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat.

Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali.Pada Zaman nabi Musa delima di tanam di Syria, Palestin dan Lubnan.

daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong. Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil( dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.

Dalam bahasa inggeris delima di panggil pomegranate yang berasal dari perkataan lain iaitu POMUM yang bermakasud epal dan GRANATUS yang bermaksud biji. Sesuai dengan namanya buah delima mempunyai warna yang hampir menyerupai warna epal dengan bahagian dalam buahnya yang penuh dengan biji.

lihat pautan ini untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang http://en.wikipedia.org/wiki/Pomegranate
> Delima

Kegunaan

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.

Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut.Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima.

Delima yang dimabil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

Selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat penyakit. Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu juga merupakan sumber untuk pewarna semulajadi.

Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Selain daripada itu ia juga banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Ia juga digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.

Bji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari.Di turki sos delima juga jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.

Commmon Name

Botanical Name: Punica granatum
Other Name: pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Family: Lythraceae


Delima, sejenis, buah-buahan, Iran, Himalaya, tanam, medditerranean, buah-buahan, Delima, Amerika, California, Arizona, jus, industri, makanan, delima, kumpulan, buah, eksotik, sumber, makanan, khasiat, khasiat, delima, tonik, baik, jantung, Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium, fosforus, pomegranate, punica granatum, punica granatum extract, punica granatum wonderful, punica granatum pokok, gambar punica granatum, foto punica granatum, galeri punica granatum   

Cendawan Tiram Kelabu – Pleurotus sajorcaju

Cendawan Tiram Kelabu – Pleurotus sajorcaju

 

Nama Tempatan: Cendawan Tiram Kelabu
Nama Saintifik: Pleurotus sajorcaju
Nama Lain: Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom,Grey Abalone Mushroom, Shimeji
Famili:
Lokasi dijumpai: Sayuran

Keterangan

Cendawan ini merupakan antara spesis cendawan yang boleh dimakan dan penanamannya telah dikomersialkan di Malaysia.

secara semulajadinya cendawan ini boleh ditemui dikawasan hutan, terutamanya dibawah teduhan pokok yang berdaun lebar dan dikawasan yang agak lembab.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan selalunya ditemui dikawasan yang agak terlindung dan gelap.

Pertumbuhannya akan menjadi lebih cepat dikawasan yang agak gelap. Suhu yang sesuai untuk pertumbuhannya ialah antara 23-28 darjah celcius.Kelembapan antara 90-96 peratus perlu dikekalkan untuk memantapkan pertumbuhannya.

Kegunaan

Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu

Commmon Name

Botanical Name: Pleurotus sajorcaju
Other Name: Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom,Grey Abalone Mushroom, Shimeji

Cendawan Tiram Kelabu, Pleurotus sajorcaju, Cendawan, spesis, cendawan, penanaman, komersialkan Malaysia, semulajadi, cendawan, kawasan, hutan, teduhan, pokok, berdaun, lebar, kawasan, agak, lembab, cahaya matahari, kawasan, terlindung, gelap, Pertumbuhan, menjadi, lebih, cepat, kawasan, gelap, Suhu, pertumbuhan, darjah, celcius, Kelembapan, peratus, memantap, pertumbuhan, vitamin B1, B2, niasin, biotin, vitamin C, Cendawan Tiram Kelabu kategori, Cendawan Tiram Kelabu mengumpulkan dan memproses, Cendawan Tiram Kelabu selera seksual, Cendawan Tiram Kelabu studio, Cendawan Tiram Kelabu tanaman, campuran, herba, hiasan, Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom,Grey Abalone Mushroom, Shimeji