Tag Archives: warna

Cempaka – Michelia Champaca Linn

Cempaka – Michelia Champaca Linn

 

 

Nama Tempatan: Cempaka
Nama Saintifik: Michelia champaca Linn
Nama Lain: Kantil(jawa)
Famili: MAGNOLIACEAE

Keterangan

Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah.

Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.Buahnya sedap dimakan ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah,cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini.

Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga,daun dan kayunya.

Kegunaan

Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin,demam selsema dan kencing tak lawas.Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari.Untuk kencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih,disejukkan dan airnya diminum sekali sehari.

Untuk demam selsema pula,akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.

Cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul,beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul.Untuk pitam pula,beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam.Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut.selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.

Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik.Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan.

Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut.Bunganya yang masih belum mekar,direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea.Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak.Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.

Untuk bayi yang hendak bercerai susu,bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

Commmon Name
Botanical Name: Michelia champaca Linn
Other Name: Kantil(jawa)
Family: MAGNOLIACEAE

 

 

Cempaka, pokok, berkayu, tumbuh, hutan, ketinggian, mencapai, meter, warna, bunga, putih, kuning, merah, permukaan, litupi, rerambut, halus, daun, cempaka, putih, licin, bentuk, jantung bahagian, pahit, perabut, peralatan, rumah, begitu, besar, minyak volatile, cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, methulaethulazijnzuur, bau, wangi, minyak, pati, cempaka, ekstrak, bunga, daun, kayu, kecacingan, rheumatik, fungsi Cempaka, komposisi kimia Cempaka, lycium barbarum, Cempaka, Cempaka buah, Cempaka ciri-ciri, Cempaka foto, Cempaka gambar, Cempaka informasi, Cempaka kategori, Cempaka mengumpulkan dan memproses, Cempaka selera seksual, Cempaka studio, Cempaka tanaman, buah-buahan

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Bunga Ros Jepun – Portulaca Grandiflora

Nama Tempatan: Bunga Ros Jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan

Keterangan

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.

Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Ros, jepun, sejenis, tumbuhan, hiasan, ramai, bunga, menarik, mudah, merah jambu, merah terang, putih, kuning, ungu, oren, campuran, warna, merah, jambu, tumbuhan, herba, merayap, menyukai tanah, bersaliran baik, Bunga Ros Jepun buah, Bunga Ros Jepun ciri-ciri, Bunga Ros Jepun foto, Bunga Ros Jepun gambar, Bunga Ros Jepun informasi, Bunga Ros Jepun kategori, Bunga Ros Jepun mengumpulkan dan memproses, Bunga Ros Jepun selera seksual, Bunga Ros Jepun studio, Bunga Ros Jepun tanaman, rumput dan buah-buahan, sumber Gansui Root, tanam-tanaman, video Bunga Ros Jepun

Blackberrylily Rhizome

Blackberrylily Rhizome

Nama Produk: Blackberry lily Rhizome Extract
Blackberry ekstrak akar teratai digunakan dalam bidang perubatan boleh dijadikan ubat-ubatan dengan anti-toksin, membersihkan darah yang bengkak memihak kepada fungsi tekak dan faedah.
Petunjuk: sakit tekak, batuk dan kesukaran bernafas, disebabkan oleh haba toksik, dan api kekayaan Meludah kahak.

mengekstrak, blackberry, lily, blackberry lily, rhizome, rhizome ekstrak, lily rhizome, bioteknologi, ekstrak blackberry, ekstrak produk, nama produk, nama blackberry, akar teratai, herba, pati, ekstrak herba semula jadi, pos, komen, tinospora, tinosporaakar, keldai, keldai ekstrak, buah pinggang, keldai buah pinggang, ekstrak buah pinggang, ubat, tekak, madeinchinazone, diethylenetriamine, ethylamine, hexamethyleneimine, bensil, alkohol, alkohol bensil, hidrogen bromida, hidrogen bromida, komen, bioteknologi suapan, suapan komen, linkmadeinchinazone, madeinchinazone bioteknologi, biochip, Elisa, biochip Elisa, kimia, reagen, bahan kimia reagen, ekstrak herba di bawah semula jadi, makanan, makanan asli, warna, warna makanan, pengawet, bahan pengawet semula jadi, seksual, peningkatan

Ati-Ati – Coleus Blumei

 

Ati-Ati – Coleus Blumei

Ati-Ati ~ nama saintifik Coleus Blumei ~ family Labiatae

Pokok ati-ati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu & hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Daun ati-ati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa.  Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun dan di campur dgn air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.  selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.

Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih.

Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

Teknik menanam dan menjaga

Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.

Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.

Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.

Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

Ati-Ati, Coleus Blumei, saintifik, Coleus, Blumei, family, Labiatae, warna, antara, ungu, hijau campuran, merah, jambu, hijau, pokok hiasan, tutup bumi, merawat, batuk, menumbuk, helai, daun, campur, air, tapis, air, minum, dua, kali, sehari, campuran daun, hati-hai, daun inai, daun jambu batu, akar tutup bumi, mendidih, minum, ai, mengecutkan, rahim, beberapa, helai, daun, berwarna, hijau, secubit, kapur, sirih, dada, pengidap asma